Things to do in Penang

Things to do in Penang

the top penang

Apabila kita bercerita tentang Pulau Pinang bayangan Nasi Kandar Hamideeyah, Mee Goreng Sotong Pata, Rojak Pasembur, Hard Rock Hotel dan pelbagai tarikan Pulau Mutiara akan menyapa menungan kita, lebih-lebih lagi dengan ketibaan tempoh cuti hujung minggu yang agak panjang tidak lama lagi. Dengan sempadan negara kita, masih lagi ditutup dan hanya perjalanan penting sahaja dibenarkan, sudah semestinya ramai diantara kita yang akan memerah keringat minda tercari-cari destinasi yang ingin dituju selain kampung halaman sendiri. Sekiranya Pulau Pinang menjadi destinasi pilihan anda untuk lari daripada rumah cuti-cuti ini, ikuti senarai kami yang akan menyentuh pelbagai aktiviti yang kami kaji berdasarkan khidmat nasihat agensi-agensi terkenal seperti Trivago, Trip Advisor, Booking.com dan macam-macam lagi untuk membantu anda merancang percutian anda tanpa perlunya untuk berbelanja besar.

Top 10 Things To Do in Penang

Things to do in Penang

Have you ever wondered what to do in Penang? Then this is the article for you! Penang, located on Malaysia’s northwest coast, is an excellent vacation destination. The state is extremely rich in history, culture, fine art, and delectable cuisine. From visiting the public street art gallery to walking on the beach, bird watching, and relaxing in Penang’s quaint town of Balik Pulau. Try Assam Laksa, Char Koay Teow, Chee Cheong Fun, and other delectable dishes. Some of these activities may be familiar to you, but Penang is the only place where you can partake in them authentically. Let us investigate the numerous things to do in Penang.

33 Best Things to Do in Penang (& What Not to Do)

Looking for what to do in Penang? 

Luckily there are so many fun things to do in Penang (maybe too many tbh?)! 

I travel full time and have visited, and lived in, so many places in South East Asia. Penang remains one of my favorites. So to help you totally rock your visit, I’ve created this epic list of what I think are the 32 best Penang activities.

40 Things to do in Penang

Penang Things to Do

Visit Escape Theme Park, Indulge in Different Cuisines on the Food tour, Go on a Bus Tour to Explore Penang, Hike to Penang Hill, Experience Penang Butterfly Park, Embrace Penang Wonderfood Museum and many more.

TOP 10 BEST Penang Island Luxury Hotels

THE 10 BEST Penang Island Luxury Hotels

Check out the top 10 best luxurious hotel in Penang that you can visit from the Tripadvisor.com. Let’s see which one of it has the most ratings and provide the best accommodation in town! Click button below for more!

Hotel Paling TOP: Bayview Hotel Georgetown

bayview hotelUntuk penginapan dalam suasana bajet tetapi selesa izinkan kami untuk mencadangkan Bayview Hotel Georgetown jika anda mahukan lokasi hotel yang terletak di tengah-tengah Pulau Pinang.

Seperkara yang kadangkala kita kurang gemar melancong ke destinasi terkenal adalah hakikat bahawa kita perlu menghadapi kemasukan bilangan pelancong yang besar khususnya di Pulau Pinang. Jikalau anda diantara individu terpilih yang suka berjalan kaki, Bayview Hotel merupakan pilihan yang tepat menurut nasihat Tripadvisor.

Dengan tawaran bermula dari RM108 ke atas, anda cukup hampir dengan tarikan-tarikan menarik yang ditawarkan di kawasan Georgetown.

Alamat: 25-A Lebuh Farquhar, Georgetown, Penang, Malaysia, 10200

 

 

 

Sarapan Paling TOP: Roti Canai Jalan Transfer

Secara peribadi, berdosa kalau pagi dimulakan tanpa menyantap roti canai yang rapuh dipasangkan dengan kari pelekat dan melekat di jari dari pagi sampai petang.

Roti Canai dan Roti Goyang Transfer Road merupakan jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sekiranya anda memilih untuk menginap berdekatan kawasan Georgetown, pesan Roti Canai atau Roti Goyang bersama pilihan kari kambing, ikan atau ayam.

Tidak suka roti canai? Roti bakar telur goyang pun ada. Surrrrr!

Alamat: 56 Jalan Transfer, Pulau Pinang, Malaysia.

 

 

 

 

 

Pencuci Mulut Paling TOP: Penang Road Teochew Cendol

teochew chedulKalau nak di “complain” lah tentang Penang ni, satu-satunya perkara yang boleh kita katakan tentang destinasi ini adalah betapa panasnya pulau ini – tapi bukan selalu.

Dengan lokasinya yang dikelilingi lautan, kepanasan kita rasai ketika melancong ke Pulau Pinang sudah hampir pasti akan dirasai oleh sesiapa. Jadi bagaimana caranya untuk kurangkan kepanasan ketika berjalan-jalan? Mai lah singgah ke Penang Road dan rasai keenakan Teochew Chendul terkenal khusus untuk menghentikan rasa dahaga anda.

Servis yang cepat dan memuaskan, kalau anda perlu beratur panjang, percayalah apabila kami katakan ianya sangat berbaloi.

Alamat: 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10100 George Town, Penang.

 

 

 

 

 

 

 

 

topview komtar scene

Makan Malam Paling TOP:

Mahukan pengalaman makan tengahari atau makan malam bersama yang tersayang di awangan? Lawati Top View@The Top KOMTAR untuk sensasi makan malam di tingkat 68 sambil menikmati pemandangan bandaraya Pulau Pinang yang belum anda pernah saksikan.

Pilih untuk makan tengahari dengan baucer RM25.00 atau makan malam dengan baucar RM65.00, dilengkapi pilihan makanan barat atau makanan tempatan.

Tidak perlu bersesak-sesak. Tempah waktu makan anda dengan hanya klik https://onlyticket.com.my/selection/S24 untuk tempahan meja.

 

 

 

 

 

 

 

Aktiviti Paling Top: The Top

thetop merdeka promo 2020Percaya tak jika kami beritahu anda, anda hanya perlu melawat ke satu lokasi sahaja untuk merasai kesemua tarikan terbaru yang ada di Pulau Pinang.

Dengan 18 tarikan utama antaranya The Top Rainbow Skywalk, Jurassic Research Center, 7D Discover Motion Theater, Penang Boutique Aquarium dan macam-macam lagi, tempah kemasukan anda dan elakkan daripada beratur panjang apabila anda membuat tempahan anda atas talian di https://onlyticket.com.my/selection/220

Menarik bukan senarai kami? Kesemua tarikan ini boleh anda lawati tanpat perlu mengharungi kesesakan lalu lintas yang teruk, tanpa perlu membazir minyak kereta dan hanya memerlukan tenaga kudrat untuk jalan kaki sahaja.

Jumpa ada di Pulau Pinang!